Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Thursday, August 9, 2018

Dunia jahitan dan saya



Image result for bismillahirrahmanirrahim



Kenapa pilih bidang jahitan ?

Sayakah yang memilih bidang jahitan ini ?

Atau bidang jaitankah yang telah memilih saya ?

Haha !! Menjadi sesuatu yang lawak pula bila saya fikirkan . Saya minat menjahit sebab ramai wanita dalam keluarga saya menjahit . Saya ingat emak saya selalu pergi ke kelas jahit semasa kami tinggal di Sibu . Emak diajar membuat berbagai fesyen dengan menjahit sampel baju kecil-kecil . Saya sangat suka main dengan baju-baju ini , of course , kena marahlah , apalagi .
Makkcik-makcik saya menjahit , mengait dan buat banyak lagi kraftangan yang ada kaitan dengan gunting , jarum dan benang . Saya ada satu tanda didahi . Rupa-rupanya saya dapat semasa saya nak ukur seekor kucing pada umur saya masih 2 atau 3 tahun . Haaha !!!!

Jahitan pertama yang saya hasilkan dengan perasaan sungguh bangga merupakan cross stitch . Jahitan silang . Sebuah pasu bunga yang penuh dengan mawar merah . Dihaasilkan pada tahun 1996 dan masih tergantung dirumah emak saya .  Saya pernah cuba menjahhit topi , lakaran topi dalam kepala , suda tentu saya lukis di kkertas kemudian dipinddahkan ke kain . Topinya menjadi tetapi tidak dapat dipakai oleh orang . sebab runcing sangat . Namun hasilnya tetap comel , letak riben lagi 

Image result for topi kanak-kanak comel
sekadar hiasan




Saya juga suka belajar benda baru . Saya belajar mengait dengan menggunakan jarum satu . Cuma tidakk berapa mahir dan belum ada menghasilkan apa-apa lagi .

Saya juga suka buat patchhwork dan pernah menghasilkan selimut bayi . Pernah juga buat kasut bayi , panties kecil dan baju bayi . Semua ini semasa saya masih belum 20 tahun . 

Kemudian baru saya mula belajar menjahit yang benar . Guru saya yang pertama adalah Madam Sheila dan dengan beliau saya belajar menjahit saree blouse . Pertama belajar memaaaaang bosaaaan amat . Kena lukis benda yang sama again and again . Asyik salah pula . Saya fikir tidak boleh ke salah satu atau dua garis . Madam Sheila garang tetapi senyuman tidak perna lepas dari wajahnya . akhir belajar kena duduk peperiksaan praktikal . Iaitu desain saree blouse sendiri . Saya dapat buat dengan kemas dan baik . So , saya pun lulus ddan dapat ambil sijil . 

Kemudiannya saya belajar menjahit benda yang saya suka sahaja . Saya rasa seluar itu mencabar tetapi mudah . Saya pun belajar buat . Kemudian saya belajar buat punjabi suit . Terakhir sekali saya belajar baju kurung dan serangkaian dengannya . Kebanyakan pakaian lain ini saya belajar melihat buku . 

Pengalaman mengerikan pun ada time belajar . Patah jarum kedalam kuku jari merupakan poengalaman amat ngeri .

Bidang jahitan saya telusuri sebagai hobi , namun ia dapat digunakan untuk menjana pendapatan . Hasrat saya untuk menurunkan ilmu ini pada mereka yang minat terutamanya remaja di pusat reformasi yang ingin saya buat nanti .

Menjejak ke Plaza Idaman Gombak


Image result for bismillahirrahmanirrahim
Teks : Nur Ain Shamu
nainshamu@gmail.com
Image result for ketentuaan rezeki milik Allah



2012 - Saya mula menjahit di Plaza Idaman Gombak . Banyak kenangan berharga yang saya dapat disana . Sudah 7 tahun sekkarang , kedai saya masih kekal ada . Dalam 3 tahun ini kedai dijalankkan oleh Mr Papa , saya sudah jarang kesana .
                                                                                       Kedai saya terletaak di Tingkat 1 no 131 , 
paling hujung sekali dan agak tersembunyi . Namun benarlah , rezeki yang sudah Allah suratkan bagi kita , tidak akan ada yang dapat menghalangnya . Pelanggan kami kebanyakannya menghantar pakaaian untuk dialter . Awalnya , saya kurang mahir dalaam hal satu ini . Geram saya !! Kenapa suka beli yang sala saiz dan sebagainya ? Kemudian saya pujuk diri . Itukan punca rezeki saya . Periuk nasi saya . So , saya pun belajarlah untuk mengubahsuai mengikut citarasa . Bukan satu perkara mudah . Sekiranya saya berfikiran singkat , saya buaat sahaja cara ringkas . Tapi kan , rahasia sebenar alteration adalah mengajar seseorang itu erti kesabaran .

Mahukan asil terbaik ? Bongkarlah sehingga jumpa punca pakaian itu bole diubahsuai . Ini menjamin pelanggan kembali daan kita suda ada pelanggan tetap disana .

Pelanggan baru sentiasa ada . Pesanan bagi pakaian baru buat juga mula ada . yang mana saya tidak faham saya belajar . Dari buku , dari internet dan juga sahabat di Plaza . Saya belajar menjahit baju kurung tradisional dan juga pakaian lain sebelum di Plaza Idaman Gombak . Setelah berkedai di Plaza Idaman Gombak saya memahhirkan diri . Saya juga aamat suka menjahit manik . Dan kreatif sewing

Antara hasil kerja saya  :



Pelanggan kedai kami berbagai bangsa daan kebangsaan . Ada Melayu , India dan China . Juga Somali , Yemeni , dari tanah Arab , dari China , Afganistan , Kazakhstan , India , Pakistan , dan banyak lagi . Kami juga menerima tempahan yang agakk pelikk dan lain dari yang lain seperti topi graduation , sarung sofa , tilam yang berbaik bentuk . Juga spanduk-spanduk misi kemanusiaan , spanduk motorider dan bermacam ragam lagi .Selaain dari tukang jahhit yang dikedai iaitu Mr Papa dan Pretty Ibtisam , kami juga mengantar jaitan kami ke tukang jahit terpili yang dapat memelihara kualiti jaahitan kedai kami .

Apa yang saya sukakan di sini adalah peluang berjumpaa dengan insan dari seluruh pelosok negara . Dan saya juga amat suka menjahit !!