Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Thursday, November 22, 2018

Rahasia Lukman : Surah Luqman Ayat ke-14

Image result for bismillah



وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي 
وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ


 " Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. '
Terkadang , setelah mecapai segala kejayaan dalam hidup , insan merasakan bahawa mereka telah meraih kejayaan-kejayaan itu dengan hasil usaha sendiri . 
Ibubapa yang telah tua sudah tentu tidaj bermaya , bukan seperti mereka sewaktu muda dahulu , tetapi sebaliknya  . Namun haruskah dikatakan dan dianggap bahawa mereka tidak lagi berguna dalam hidup seorang insan yang bernama anak ? Acapkali telah dilihat , sekiranya ibubapa bukanlah dibuang oleh anak-anak , mereka dibentak ditengking bagaikan tiada pengetahuan sudah mereka . 
Sedangkan segala yang dimiliki anak mungkin titik permulaannya adalah orangtua . Keringat mereka , waktu mereka , harta mereka , dan terutamanya kasih sayang dan perhatian mereka yang penuh dan sentiasa ada . Maka Allah perintahkan agar insan tetap berbuat baik kepada kedua orangtuanya , begitu penting redho orangtua pada pandangNya . 
Gedung ilmu seorang anak juga bermula disana . Dari dada dan fikiran ibu bapa mereka masing-masing . Siapakah yang mampu membesarkan begitu ramai anak sekaligus , serta menjaga segala keperluan mereka jika buka mereka insan pertama dalam hidup seseorang .
Tidak akan rugi seorang insan yang mendapatkan redho ibubapanya , dan tiada untung seorang anak yang kehilangan redho ibubapanya . Biar ia dalam hal pendidikan , perkahwinan maupun pekerjaan . Maupun ibubapa tidak memiliki ilmu sebagaimana seorang anak dapat memilikinya .
Maka sesiapa yang inginkan syurga Allah , carilah syurga itu di pangkuan ibubapa , diredho mereka . Sejukkanlah ibubapa dengan kata-kata dan perbuatan yang menyenangi mereka .
Wallahua'lam bissawwab .

Thursday, November 15, 2018

Bangsa dan kebangsaan

Image result for bismillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

Dunia jahitan saya sungguh penuh warna , kain sentiasa berbagai warna , benang yang banyak warna , ragam manusia yang memang penuh warna , dan , bangsa serta kebangsaan yang juga sangat di penuhi warna . Bagaimana ?

Saya membuka 2 buah kedai jahit di Plaza Idaman Gombak di tingkat yang sama . Beralamat di nombor  1-131 dan 1-97 . Pelanggan saya terdiri dari mereka yang yang datang dari seluruh pelosok dunia , dan bangsa yang bermacm jenis walaupun dari negara yang sama . Sungguh meriah kedai saya dengan warna-warna dari kulit , pakaian dan juga bahasa yang dituturkan .

Semalam kedai saya dikunjungi oleh dua sejoli . Saya sudah tahu mereka dari benua Afrika . Saya sudah kenal ciri-ciri mereka yang dari Somalia . Mereka ini dari daerah lain . Yang lelaki saya teka samada dari Uganda atau Nigeria . Rupanya Nigeria . Yang wanita langsung saya tidak dapat cam dari mana . Rupanya dari Comoros . Belum pernah saya jumpa . Mereka ramah bila kita ramah . Mereka jadi 'ganas' apabila kita juga kurang menjaga kata-kata .

Di Plaza ini saya kenal dunia melalui atlas dan bendera . Melalui bahasa dan budaya . Melalui adat dan kebiasaan . Disini juga saya kenal manusia menerusi adab dan akhlak . Menerusi kefahaman dan kepercayan . Saya kenal erti kebenaran dan kemunafikan . Erti sebuah persahabatan . Saya bukan setakat menjahit disini , malahan kedai saya terbuka bagi anak-anak disekeliling ini untuk datang membaca , dibelakang kedai akan dipenuhi buku . Atau belajar , saya pimpin mereka dalam memahami masalah matematik yang rumit bagi mereka .Dan juga sedikit sebanyak persoalan yang ada dalam benak mereka tentang dunia disekeliling mereka .
Antara bangsa dewasa dan kanak-kanak , semuanya saya suka untuk berjumpa dan saya banyak belajar dari mereka .



Segala sesuatu akan ada pengakhiran , yang berakhir akan kembali dalam perjalanan .

Image result for bismillah
Dia sahabatku ... 
Walau berjumpa 
Hanya beberapa kali sahaja
bersua wajah .
Namun dihati  
Kami sentiasa bersama .

Kubuka mata subuh tadi ,
Terkenangkan dirimu ,
Diruang kerja tadi
Kubaca tentang kepergianmu ,
Apakah kau pamitan tadi ,
Wahai sahabatku?

Dizaman segala sesuatu ,
Harus disampaikan dengan alat
Allah menghantarkan khabar 
Hanya dengan kekuasaanNya
Aku terdetak ingin bertemu denganmu
Pertemuan tanpa bicara sekilas sahaja
Ianya berlaku .

Aku akan merinduimu ,
Namun aku tahu , 
Allah menyayangimu
Lebih dari semua kami didunia ini
Dan aku juga tahu 
Kau akan terjaga disisiNya
Sebagaimana kaupernah menjaga
Mereka yang disisimu .

Wahai sahabatku
kupinta kau doakan kami semampumu
Agar kami juga sepertimu
Agar sentiasa berjalan di jalanNya
Agar kami dijauhkan dari kesesatan yang nyata
Agar kita akan bertemu
Di Jannah milikNya

Akan kudoakan 
Dirimu terlepas dari hisab
Dirimu terhijab dari duka 
Ahlimu sentiasa dalam nyata
Merasakan manis amalmu didunia
Menyambung tugasmu tanpa henti.

Selamat jalan sahabat ...
Dan selamat tiba ke pangkuanNya .


#dukadalamdiam

Teks : Nur Ain Shamu Abdullah


Tuesday, November 13, 2018

Sesuatu baru dalam bidang jahitan - Hijab Solah by Nur Ain

Image result for bismillah

Kejayaan dalam bidang jahitan bagi saya adalah apabila saya dapat menguasai sesuatu desain ataupun teknik yang baru. Apalagi kalau saya dapat reka desain sendiri . Allahuakbar !! Puasnya hati ini .

Hijab Solah Maryam Aliya
                                                           
Hijab Solah Maryam Aliya ini merupakan pesanan seorang pelanggan baru dari kedai jahit yang baru saya buka pada 28.09.2018 . Beliau berasal dari Morocco . Tempahan pertama beliau dengan saya sehelai hijab solah untuk ibunda . Dan dua helai gown untuk anak gadis kecilnya . Alhamdulillah , mereka puas dengan jahitan saya . Dan mereka kembali lagi menempah 4 helai hijab solah serta 6 helai tudung sarung kanak-kanak dan sehelai dress yang rekaannya diserahkan pada saya .

Saya sudah ada desainnya cuma perlu dijadikan dress lagi . Tunggu dan lihat akan hasilnya .
Oh ye , tanpa melupakan dua orang model cilik , Maryam yang menjadi teman sejati saya buat masa sekarang hingga iaitu si bungsu dan juga sahabat baiknya dari kedai tudung sebelah iaitu Aliya Syuhada .

Dek kerana mengejar jahitan-jahitan inilah saya agak sipi-sipi muncul dalam kegiatan menulis . Namun alhamdulillah saya berharap selepas acara pecutan kita , menulis akan menjadi satu aktiviti yang rutin .

Inilah dia dua aktiviti kegemaran saya yang sama-sama membangkitkan stress dan juga melegakan stress , menulis seiring dengan menjahit .

Jumpa lagi di kisah akan datang !!!





Image result for bismillah

Teks : Nur ain Abdullah

Turun sahaja dari Grab Car , anak saya si bungsu Maryam sudah dapat meneka , hari ini pasti tulisan mama tentang TAUHID .

MashaAllah !! Begitu peka si kecil dengan urusan mamanya . Kenapa Tauhid ? Ianya bermula dengan perkenalan kami dalam kereta . Saya kan sentiasa , hampir setiap hari di tanya orang tentang kebangsaan saya . Maka pemandu Grab ini juga tidak terkecuali . Encik Shah nama pendek beliau . Setelah mengetahui bahawa saya memang asal Malaysia dan dilahirkan dibumi Jam Condong , maka soalan berikut adalah tentang berapa lamakah saya menjadi seorang Muslim .
Saya jawab , "22 tahun ."  Lalu beliau berkata , " Saya ada satu pertanyaan untuk puan . Walaupun jumlah Nabi kita sebelum datangnya Nabi Muhammad adalah 124 000 orang lebih kurang , mengapakah  tiada kitab yang menjadi pegangan mereka , secara umumnya . Pada fikiran saya ianya adalah kerana keyakinan pengikut serta Nabi pada zaman itu beza dengan kita . Pada zaman itu Tauhid yang dianut oleh mereka berbeza dengan kita sekarang .

Saya rasa agak sukar untuk menjelaskan secara terperinci , saya rasa terhambat pengetahuan saya dalam hal Tauhid . Saya perlu mencari ilmu yang lengkap dan benar berkenaan hal keTauhidan kita kepadaNya . Kini zaman merupakan zaman yang mengancam keyakinan total kita pada Sang Khalik.
Kita bangsa manusia yang perlu bukti yang nyata . Harus bekerja dengan kudrat sendiri demi sesuap nasi ? Tidakkah Allah yang mencipta segala sesuatu juga telah menyediakan keperluan ciptaanNya ?
Kepada siapakah lagi yang harus kita bergantung , jika bukan padaNya yang mengetahui segala sesuatu tentang kita ?

Perbualan saya dengan Encik Shah membawa fikiran dan perasaan saya agak jauh . Saya sangat berharap Allah sentiasa menjadi penunjuk jalan saya . Ya Hadi , Ya Qayyum Ya Dzul Jalaali wal Ikram

Monday, November 12, 2018

Cinta kepada Allah adalah cinta sebenar mu'min


Image result for bismillah




Anakku Hadi ,

Teruskanlah perjalanan mu Ya Maulana,
Carilah redhoNya sentiasa
Tetaplah berada di titian kebenaran ,
Biar sesempit pun ia .

Dikau pernah mencari jalan keselesaan,
Jalan yang nyaman ,
Dikau pernah ditempatkan 
diantara mereka yang ditinggikan .

Namun ,
Engkau hanya mengetahui ,
Sucinya sebuah perjalanan ,
Heningnya sebuah perjuangan ,
Hanyalah apabila ,
Kau redho terhadap ketentuanNya 
dan hanya redhoNya yang kau cari .





Apa makna bila kesatuan hanya diperolehi semasa bersenang gembira ?

Image result for bismillah

Saya ingat lagi , semasa saya masih dialam kanak-kanak , tinggal saya di barrack tentera atau di flat tentera . Kemana sahaja saya pergi untuk bermain , mesti bersama segerombolan anak-anak .
Kami gang dalam segala aksi kami . Akan ada cadangan rancangan , persiapan asas , pelan pelaksanaan dan juga pelan B sekiranya berlaku kegagalan dalam pelan A . Walaupun ia hanya untuk bermain getah lompat ataupun meronda ditanah kosong berdekatan tempat tinggal .
Dan rancangan akan berteusan untuk hari berikut . Tanpa papan putih danpen marker , pasukan kami mampu menjalankan berbagai aktiviti positif . 

Setelah masuk ke alam sekolah menengah , masih ada lagi konsep kesatuan , namun sudah mula berkurang . Sewaktu saya mengulang high school di kepulauan Sumatera , saya beruntung dapat menyaksikan perisitiwa yang melibatkan kesatuan dan persatuan . Contohnya , sekiranya ada murid yang ditimpa musibah , samada sakit atau keluarga sedang dalam masalah , saya telah dapat melihat amalan Tabung Darurat dijalankan . Dan sangat ramai dari sekolah saya itu yang akan pergi melayat (istilahnya disana ) . Jangankan pelajar , guru-guru juga turut terlibat . Walaupun menaiki transport umum atau berjalan kaki sahaja .

Namun dengan segala kemudahan yang ada kini , amalan seperti ini semakin menjadi tiada . Istilah mendatangi rumah orang tedekat sebelum ketanah suci juga bukan seperti asal dulunya . Kadang-kadang terdetak juga dihati ini , kenapa harus ke sana berkali-kali , sedangkan disekelilingmu ada yang memerlukan bantuan . Akhirnya saya hanya mampu mengembalikan situasi ini kepada Allah kerana ianya jauh dari kebijaksanaan diri ini . Jauh dari rangkulan minda ini . Allah lebih mengetahui kenapnya dan Allah juga yang telah meletakkan diri seseorang dalam keadaan seperti mana adanya . 

Sekarang kehidupan berkesatuan semakin pudar . Persahabatan juga menjadi tidak sekukuh zaman kelmarin . Keikhlasan dalam perhubungan semakin menurun . NO GAIN NO PAIN menjadi slogan hidup . Rasulullah saw telah menyebutkan bahwa Islam akan kembali asing di akhir zaman. Dalam hadits shahih yang diriwayatkan Muslim disebutkan bahwa beliau bersabda, “Islam muncul dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing sebagaimana ia muncul, maka beruntunglah bagi orang-orang asing.”

Maka mungkinkah ini keadaan yang harus kita persiapkan diri kita untuk hadapi ? Semoga Allah sentiasa memandu kita berada dijalan yang lurus dan sekali-kali tidak akan berada bersama mereka yang dimurkai ataupun mereka yang sesat .

Wallahua'lam bissawwab .