Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Thursday, November 22, 2018

Rahasia Lukman : Surah Luqman Ayat ke-14

Image result for bismillah



وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي 
وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ


 " Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. '
Terkadang , setelah mecapai segala kejayaan dalam hidup , insan merasakan bahawa mereka telah meraih kejayaan-kejayaan itu dengan hasil usaha sendiri . 
Ibubapa yang telah tua sudah tentu tidaj bermaya , bukan seperti mereka sewaktu muda dahulu , tetapi sebaliknya  . Namun haruskah dikatakan dan dianggap bahawa mereka tidak lagi berguna dalam hidup seorang insan yang bernama anak ? Acapkali telah dilihat , sekiranya ibubapa bukanlah dibuang oleh anak-anak , mereka dibentak ditengking bagaikan tiada pengetahuan sudah mereka . 
Sedangkan segala yang dimiliki anak mungkin titik permulaannya adalah orangtua . Keringat mereka , waktu mereka , harta mereka , dan terutamanya kasih sayang dan perhatian mereka yang penuh dan sentiasa ada . Maka Allah perintahkan agar insan tetap berbuat baik kepada kedua orangtuanya , begitu penting redho orangtua pada pandangNya . 
Gedung ilmu seorang anak juga bermula disana . Dari dada dan fikiran ibu bapa mereka masing-masing . Siapakah yang mampu membesarkan begitu ramai anak sekaligus , serta menjaga segala keperluan mereka jika buka mereka insan pertama dalam hidup seseorang .
Tidak akan rugi seorang insan yang mendapatkan redho ibubapanya , dan tiada untung seorang anak yang kehilangan redho ibubapanya . Biar ia dalam hal pendidikan , perkahwinan maupun pekerjaan . Maupun ibubapa tidak memiliki ilmu sebagaimana seorang anak dapat memilikinya .
Maka sesiapa yang inginkan syurga Allah , carilah syurga itu di pangkuan ibubapa , diredho mereka . Sejukkanlah ibubapa dengan kata-kata dan perbuatan yang menyenangi mereka .
Wallahua'lam bissawwab .

No comments:

Post a Comment