Kejayaan dalam bidang jahitan bagi saya adalah apabila saya dapat menguasai sesuatu desain ataupun teknik yang baru. Apalagi kalau saya dapat reka desain sendiri . Allahuakbar !! Puasnya hati ini .
Hijab Solah Maryam Aliya
Hijab Solah Maryam Aliya ini merupakan pesanan seorang pelanggan baru dari kedai jahit yang baru saya buka pada 28.09.2018 . Beliau berasal dari Morocco . Tempahan pertama beliau dengan saya sehelai hijab solah untuk ibunda . Dan dua helai gown untuk anak gadis kecilnya . Alhamdulillah , mereka puas dengan jahitan saya . Dan mereka kembali lagi menempah 4 helai hijab solah serta 6 helai tudung sarung kanak-kanak dan sehelai dress yang rekaannya diserahkan pada saya .
Saya sudah ada desainnya cuma perlu dijadikan dress lagi . Tunggu dan lihat akan hasilnya .
Oh ye , tanpa melupakan dua orang model cilik , Maryam yang menjadi teman sejati saya buat masa sekarang hingga iaitu si bungsu dan juga sahabat baiknya dari kedai tudung sebelah iaitu Aliya Syuhada .
Dek kerana mengejar jahitan-jahitan inilah saya agak sipi-sipi muncul dalam kegiatan menulis . Namun alhamdulillah saya berharap selepas acara pecutan kita , menulis akan menjadi satu aktiviti yang rutin .
Inilah dia dua aktiviti kegemaran saya yang sama-sama membangkitkan stress dan juga melegakan stress , menulis seiring dengan menjahit .
Jumpa lagi di kisah akan datang !!!

No comments:
Post a Comment