Dewasakah seorang kanak-kanak atau remaja ?
Seringkali saya mendengarkan kata-kata ini yang membuat saya sebenarnya penat .
" Tak payahlah . Kau tu bukan budak lagi ."
"Jangan buat perangai macam budak kecik . "
"Mengada-ngada betul . Ko dah besarlah ."
Dan banyak lagi . Padahal ditujukan kepada seorang kanak-kanak atau remaja . Kenapa ye , boleh kita kategorikan yang masih kecil itu sebagai sudah besar ? Dimanakah kesilapan kita ? Apa yang kita terlepas pandang sebenarnya ? Apa masalah kita yang perlu kita atasi ?Wajarkah seorang remaja disuruh berkelakuan sebagai seorang dewasa ? Makanya remaja pun merokoklah sebagaimana seorang dewasa . Dan hamillah dia tanpa taraf perkahwinan yang sah , kerana didewasakan awal dari usianya .
Dan seorang kanak-kanak memilih untuk menjadi tuan kepada ibubapanya . Kerana itulah didikan yang diterima oleh dia . Maka apakah tindakan kita yang seterusnya ? Kesilapan dalam mendidik anak kita adalah antara kesilapan terbesar dan fatal yang pernah kita lakukan dalam kehidupan ini . Kenapa saya berani katakan yang sebegitu ? Kerana anak itu adalah amanah mutlak dari Sang Khalik . Dalam gambar dibawah mengisahkan tentang pilihan kita untuk memiliki anak dan janji kita kepada Allah .
Bukankah kita yang serin menginginkan anak ? Apa hak kita untuk mempersia-siakan mereka ? Allah beri kita anak , namun Allah tidak membebankan kita untuk cari ilmu sendiri dalam membesarkan anak yang diberiNya . Segala panduan membesarkan , mendidik serta hukum hakam telah Allah nyatakan didalam kitab suci al-Quran dan juga diteladani melalui Sunnah Rasulullah .
Maka marilah sama-sama kita perbetulkan niat kita , bahawa kita memiliki pinjaman sementara ini keranaNya . Dan bahawa kita akan bersungguh-sungguh berusaha untuk memikul amanah yang telah Allah berikan kepada kita .

No comments:
Post a Comment