Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Thursday, November 8, 2018

Grab Sharing punya kisah tanpa koma dan noktah

Image result for bismillah

Grab Sharing !!! 

Semalam , sewaktu balik dari mengajar di Damansara , saya tempah Grab . Saya dan Maryam terlambat sikit turun . Dah 6 minit sejak Encik Amir tiba . Setelah duduk dalam Grab dengan selesa , saya pun minta maaf dengan En Driver atas sebab kami lambat . Dan dapatlah kami satu dos nasihat akibatnya jika kami lambat . Saya bertanya beliau dari mana , maksud saya asal dan tinggal dimana . Rupanya orang Kajang . " Jauh ye ,." kata saya . Dan beliau pun sambung kisah tentang pemandu Grab memang berjalan kemana-mana sahaja . Dan mendengarlah saya satu dos kisah lagi tentang tempat-tempat jauh ini. Adddduuissshhh !! Kemudian saya tanyalah samada seorang pemandu Grab kawasan sekian perlu daftar jika memandu di negeri lain . Hadui !! Beliau terus launching pasal " law and regulations of driving on the road and rights .. " and so on so forth . Waduh dah pulak !! Ini memang dosis maksimal . Saya dah jadi keliru dengan soalan saya . Berkaitankah soalan saya dan jawapan beliau yang mengeluarkan akta bagai ?

Tiba-tiba saya sedar kami dah sampai ke jalan Genting Klang , berdekatan dengan Galleria . Saya terkejut dan tanya dia , follow highway kah ? Beliau launching pula lagi pasal MRT ,LRT , pembangunan , perubahan pada senario , keadaan dulu dan kini  dan bla , bla , bla ... . Saya pernah berjumpa dengan orang yang banyak bercakap , dan saya sendiri pun bukan pendiam orangnya , tetapi , hakikatnya semalam itu sudah keterlaluan deh . Bicaranya tuh drebar tiada koma tiada noktah . Saya jadi mengantuk berat sesangat dah .

Dan time nak bayar , hampit 5 minit juga saya hulur duit , beliau tidak sambut sebab ada dos terakhir dan penutup yang perlu saya dengar sebelum turun . Adoi !! Tergelak besar Cik Yam mengingatkan kisah itu , dan juga saje je hendak gelakkan mamanya .

Itu kami turun di Hasani Books . Setelah belanja keperluan untuk doodling , kami book Grab ke Plaza Idaman pula . Dapatlah pula seorang lagi driver ramah peraah . Kisah politik pula . Kisah punya kisah , pertama kali saya dengar Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina . Sebab itu Hikayat Hang Tuah dinobat dongeng dan dikeluarkan dari pendidikan Sejarah Kebangsaaan .
Ingat mengingatlah kami akan perdana menteri pertama hingga kini . Keluarlah kepuasan dan ketidakpuasan dalam berkongsi cerita . Last-last sebelum tutur , Mr Driver kecek dia dah tahu calon terbaik for perdana menteri berikutnya . Iaitu diri saya . Tutuplah al-kisah . Saya nak mula menjahit .


Image result for grab car

No comments:

Post a Comment