Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Showing posts with label Catatan Grab Sharing. Show all posts
Showing posts with label Catatan Grab Sharing. Show all posts

Tuesday, November 13, 2018

Image result for bismillah

Teks : Nur ain Abdullah

Turun sahaja dari Grab Car , anak saya si bungsu Maryam sudah dapat meneka , hari ini pasti tulisan mama tentang TAUHID .

MashaAllah !! Begitu peka si kecil dengan urusan mamanya . Kenapa Tauhid ? Ianya bermula dengan perkenalan kami dalam kereta . Saya kan sentiasa , hampir setiap hari di tanya orang tentang kebangsaan saya . Maka pemandu Grab ini juga tidak terkecuali . Encik Shah nama pendek beliau . Setelah mengetahui bahawa saya memang asal Malaysia dan dilahirkan dibumi Jam Condong , maka soalan berikut adalah tentang berapa lamakah saya menjadi seorang Muslim .
Saya jawab , "22 tahun ."  Lalu beliau berkata , " Saya ada satu pertanyaan untuk puan . Walaupun jumlah Nabi kita sebelum datangnya Nabi Muhammad adalah 124 000 orang lebih kurang , mengapakah  tiada kitab yang menjadi pegangan mereka , secara umumnya . Pada fikiran saya ianya adalah kerana keyakinan pengikut serta Nabi pada zaman itu beza dengan kita . Pada zaman itu Tauhid yang dianut oleh mereka berbeza dengan kita sekarang .

Saya rasa agak sukar untuk menjelaskan secara terperinci , saya rasa terhambat pengetahuan saya dalam hal Tauhid . Saya perlu mencari ilmu yang lengkap dan benar berkenaan hal keTauhidan kita kepadaNya . Kini zaman merupakan zaman yang mengancam keyakinan total kita pada Sang Khalik.
Kita bangsa manusia yang perlu bukti yang nyata . Harus bekerja dengan kudrat sendiri demi sesuap nasi ? Tidakkah Allah yang mencipta segala sesuatu juga telah menyediakan keperluan ciptaanNya ?
Kepada siapakah lagi yang harus kita bergantung , jika bukan padaNya yang mengetahui segala sesuatu tentang kita ?

Perbualan saya dengan Encik Shah membawa fikiran dan perasaan saya agak jauh . Saya sangat berharap Allah sentiasa menjadi penunjuk jalan saya . Ya Hadi , Ya Qayyum Ya Dzul Jalaali wal Ikram

Thursday, November 8, 2018

Grab Sharing punya kisah tanpa koma dan noktah

Image result for bismillah

Grab Sharing !!! 

Semalam , sewaktu balik dari mengajar di Damansara , saya tempah Grab . Saya dan Maryam terlambat sikit turun . Dah 6 minit sejak Encik Amir tiba . Setelah duduk dalam Grab dengan selesa , saya pun minta maaf dengan En Driver atas sebab kami lambat . Dan dapatlah kami satu dos nasihat akibatnya jika kami lambat . Saya bertanya beliau dari mana , maksud saya asal dan tinggal dimana . Rupanya orang Kajang . " Jauh ye ,." kata saya . Dan beliau pun sambung kisah tentang pemandu Grab memang berjalan kemana-mana sahaja . Dan mendengarlah saya satu dos kisah lagi tentang tempat-tempat jauh ini. Adddduuissshhh !! Kemudian saya tanyalah samada seorang pemandu Grab kawasan sekian perlu daftar jika memandu di negeri lain . Hadui !! Beliau terus launching pasal " law and regulations of driving on the road and rights .. " and so on so forth . Waduh dah pulak !! Ini memang dosis maksimal . Saya dah jadi keliru dengan soalan saya . Berkaitankah soalan saya dan jawapan beliau yang mengeluarkan akta bagai ?

Tiba-tiba saya sedar kami dah sampai ke jalan Genting Klang , berdekatan dengan Galleria . Saya terkejut dan tanya dia , follow highway kah ? Beliau launching pula lagi pasal MRT ,LRT , pembangunan , perubahan pada senario , keadaan dulu dan kini  dan bla , bla , bla ... . Saya pernah berjumpa dengan orang yang banyak bercakap , dan saya sendiri pun bukan pendiam orangnya , tetapi , hakikatnya semalam itu sudah keterlaluan deh . Bicaranya tuh drebar tiada koma tiada noktah . Saya jadi mengantuk berat sesangat dah .

Dan time nak bayar , hampit 5 minit juga saya hulur duit , beliau tidak sambut sebab ada dos terakhir dan penutup yang perlu saya dengar sebelum turun . Adoi !! Tergelak besar Cik Yam mengingatkan kisah itu , dan juga saje je hendak gelakkan mamanya .

Itu kami turun di Hasani Books . Setelah belanja keperluan untuk doodling , kami book Grab ke Plaza Idaman pula . Dapatlah pula seorang lagi driver ramah peraah . Kisah politik pula . Kisah punya kisah , pertama kali saya dengar Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina . Sebab itu Hikayat Hang Tuah dinobat dongeng dan dikeluarkan dari pendidikan Sejarah Kebangsaaan .
Ingat mengingatlah kami akan perdana menteri pertama hingga kini . Keluarlah kepuasan dan ketidakpuasan dalam berkongsi cerita . Last-last sebelum tutur , Mr Driver kecek dia dah tahu calon terbaik for perdana menteri berikutnya . Iaitu diri saya . Tutuplah al-kisah . Saya nak mula menjahit .


Image result for grab car

Wednesday, November 7, 2018

Grab sharing punya kisah - Mengusik kenangan kampung





Image result for bismillah


Image result for suasana kampung
Kampung - Untuk bercuti atau untuk selamanya ?

Balik dari mengajar tadi , saya dan Maryam menaiki Grab Car yang dipandu oleh seorang Chindian . Kisah punya kisah sampailah kami ke bab kisah kehidupan dikampung .

Saya pun berkongsi cerita mengapa kampung itu sungguh istimewa bagi saya . Walaupun saya tiada punya kampung untuk balik kampung . Saya punya pengalaman tinggal dikampung beberapa kali dalam masa pengembaraan saya . Di Melaka , di Kampung Rimau dalam . Di Sabah , semasa saya menjalankan misi dakwah bersama gereja Assembly of God . Kemudian di estet kelapa sawit . Ada lagi kut , saya tidak berapa ingat sekarang .

Saya pun ceritalah pengalaman paling best saya dikampung iaitu menjelang Maghrib , saya akan menyapu daun dan sampah untuk dibakar . Tidak tahulah saya dimanakah terletaknya , namun keseronokan dan kepuasan melihat api membakar daun kering itu memang tidak terkata atau terbahas . Setelah berpenat lelah menyapu daun serta mengumpulkan daun-daun dalam timbunan bikit-bukit kecil , saya akan nyalakan api dan melihat daun serta sampah terbakar sehingga habis .

Satu lagi pekerjaan yang membuat saya teruja untuk tinggal dikampung adalah menjemur kain . Wah !! Luasnya kawasan jemuran saya , puas hati saya menjemur dan mengangkat kain kering gemersik bagaikan ikan kerin yang baru siap digereng , masih panas lagi pulak tu ! Dan baunya juga memang sah segar ! Bau rumput selepas hujan , bunyi hujan diatas atap , bunyi-bunyi binatang malam dan juga kesegaran udara siang dan malam . Sungguh berharga sekali . Ini adalah antara mutiara-mutiara kehidupan yang Allah izin saya untuk pernah kecapi . NikmatNya yang mungkin kelihatan kecil , suatu hari nanti kita akan sangat-sangat menghargaiNya .


Image result for suasana kampung