Anak lelaki kita adalah khalifah di masa depan kita
Ye , ajarlah anak lelaki kita untuk mengejar akhirat , dan dunia sudah tentu akan mengikutinya . Kenapa saya hanya menyebut anak lelaki ? Kerana saya ingin bercerita tentang pentingnya mendidik anak lelaki kita sewajarnya sebagai khalifah dalam keluarga , dalam komunitas dan seterusnya dalam menjalankan pemerintahan negara sebagai seorang Muslim yang berilmu dan berwibawa , sepertimana Rasulullah dan sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah dulu .
Dan ye ! Mewujudkan suasana sedemikian sememangnya penuh kesusahan , namun boleh sahaja dicapai . Dengan kesedaran serta niat yang diperbetulkan , permohonan wanti-wanti akan pada pengampunan Sang Maha Pengampun , Ya Ghaffur Ya Affuw Ya Rahman Ya Rahim , maka bersedialah untuk menukar zaman , walaupun tidak mungkin dapat kita kembalikan zaman yang telah pergi .
No comments:
Post a Comment