Catatan Harian,Catatan Pengalaman,Grab Sharing,Catatan Sebagai Ibu, Dunia Jahitan dan Saya,

Tuesday, November 13, 2018

Image result for bismillah

Teks : Nur ain Abdullah

Turun sahaja dari Grab Car , anak saya si bungsu Maryam sudah dapat meneka , hari ini pasti tulisan mama tentang TAUHID .

MashaAllah !! Begitu peka si kecil dengan urusan mamanya . Kenapa Tauhid ? Ianya bermula dengan perkenalan kami dalam kereta . Saya kan sentiasa , hampir setiap hari di tanya orang tentang kebangsaan saya . Maka pemandu Grab ini juga tidak terkecuali . Encik Shah nama pendek beliau . Setelah mengetahui bahawa saya memang asal Malaysia dan dilahirkan dibumi Jam Condong , maka soalan berikut adalah tentang berapa lamakah saya menjadi seorang Muslim .
Saya jawab , "22 tahun ."  Lalu beliau berkata , " Saya ada satu pertanyaan untuk puan . Walaupun jumlah Nabi kita sebelum datangnya Nabi Muhammad adalah 124 000 orang lebih kurang , mengapakah  tiada kitab yang menjadi pegangan mereka , secara umumnya . Pada fikiran saya ianya adalah kerana keyakinan pengikut serta Nabi pada zaman itu beza dengan kita . Pada zaman itu Tauhid yang dianut oleh mereka berbeza dengan kita sekarang .

Saya rasa agak sukar untuk menjelaskan secara terperinci , saya rasa terhambat pengetahuan saya dalam hal Tauhid . Saya perlu mencari ilmu yang lengkap dan benar berkenaan hal keTauhidan kita kepadaNya . Kini zaman merupakan zaman yang mengancam keyakinan total kita pada Sang Khalik.
Kita bangsa manusia yang perlu bukti yang nyata . Harus bekerja dengan kudrat sendiri demi sesuap nasi ? Tidakkah Allah yang mencipta segala sesuatu juga telah menyediakan keperluan ciptaanNya ?
Kepada siapakah lagi yang harus kita bergantung , jika bukan padaNya yang mengetahui segala sesuatu tentang kita ?

Perbualan saya dengan Encik Shah membawa fikiran dan perasaan saya agak jauh . Saya sangat berharap Allah sentiasa menjadi penunjuk jalan saya . Ya Hadi , Ya Qayyum Ya Dzul Jalaali wal Ikram

No comments:

Post a Comment